Tuesday, October 28, 2008

Ahlan Wasahan, Selamat Datang dan Welcome to my blog (^_~)

AssaLamuaLaikum w.b.t..

Langkah pertama utk berjalan. Masih lagi terkial², masih lagi memerlukan masa, nasihat dan teguran utk memajukan diri. Rasanya terlalu banyak ranjau² dan lembah yg belum diketahui, Risau kalau² diri tersilap langkah, terjerumus ke dlm lembah. Tapi mungkin lama kelamaan, dgn keberkatan masa, nasihat dan teguran dari kawan², semua ini akan dpt ditempuhi dan diharap ianya juga akan menjadi satu kenangan dan satu pengalaman yg paling berharga di dlm hidup. Umpama "budak merangkak, mahu berjalan. Sudah berjalan, rindu merangkak"

Untuk permulaan ni, tak tahu nak mula mcm mana, tak banyak lagi idea nak berkata². cuma berharap agar blog ni dpt dijadikan tempat utk berkongsi pendapat, berkongsi maklumat, berkongsi pengalaman dan tempat utk kita saling kenal mengenali. Moga2 blog ni juga dpt dijadikan tempat utk melatih dan memantapkan lagi diri ni.

Kepada sahabat2, andaikata di sana nnt terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan. Harap sama²lah kita tegur menegur dan nasihat menasihati. Yg baik itu dtgnya dari Allah s.w.t, dan yg kurang baik tu datangnya dari diri saya sendiri.

Budak² belajar berlari,
Org dewasa tenang berjalan,
Silap dan salah di kemudian hari,
Harap ada yg sudi perbetulkan.

Makan tidak sesusah memasak,
Memetik tidak sesusah menanam,
Menerima tidak sesusah memberi,
Dan membaca tidak sesusah MENULIS.


BarakAllahu fik~