Sunday, November 14, 2010

HDR "High Dynamic Range"


Ok! mesti korg tertanya² ape itu HDR kan?.. tak pun, mesti korg tertanya² mcm mane nk hasilkan gambar HDR.. Jadi, post kali ni, saya nak terangan serba sedikit apa itu HDR dan mcm mana nak hasilkan gambar HDR secara ringkas dan setakat mana yg saya tahu. Maaf andai ada yang tersilap, ataupun agak sukar untuk difahami.. Segala teguran atau nasihat amatlah diharapkan agar kita dapat berkongsi maklumat serta mengambil manafaat dlm bidang fotografi ini.

HDR atau nama panjangnya "High Dynamic Range" ialah satu proses menggabungkan sekurang-kurangnya 3 keping gambar yang sama, tetapi berlainan exposure (Bracketing). Iaitu gabungan antara gambar yang standard expose, gambar yang overexpose dan gambar yang underexpose. Proses HDR ini juga akan memberi lebih detail mengenai kawasan² dalam gambar tersebut yang berlainan exposure, seperti kawasan yang cerah (overexpose) dan kawasan yang gelap (underexpose). Hasilnya, kawasan yg terselindung akan nampak lebih nyata, dan kawasan yg gelap akan nampak lebih jelas.

Untuk menghasilkan gambar HDR pulak. Tiga langkah utama diperlukan:
  1. Multi - exposure (Mengambil beberapa keping gambar sama yang berlainan exposure "Braketing")
  2. Merge (Megabungkan gambar² tersebut menggunakan software gabungan. cth: Adobe Photosho[, Dynamic-Photo HDR, Photomatix.. dll)
  3. Tone mapping (Melakukan "Tone-map terhadap gabungan gambar bagi menyesuaikan tone terang dan gelap)
*Contoh:

Underexposure

Standard exposure

Overexposure (burn)

Hasil gambar selepas digabung & di"tone map"kan

Ini adalah tiga langkah utama menghasilkan gambar HDR. Setiap dari kita yg ingin menghasilkan gambar HDR, mudah diingat, ada tiga langkah utama didalam proses menghasilkan gambar HDR. Pertama "Multi - exposure", kedua "Merge" dan yg ketiga "Tone mapping". Tetapi perlu diingat! perbezaan gambar HDR yang dihasilkan, baik buruknya,bergantung kepada cara gabungan gambar tersebut, iaitu tahap perbezaan exposure pada setiap gambar. Selain itu, proses "Tone mapping" gambar juga memberi kesan perbezaan yg besar didalam setiap gambar HDR. Perlu byk mencuba, rajin melihat contoh² gambar HDR dan jangan malu meminta tunjuk ajar daripada mereka² yg pakar.

Akhirkata, maaf jike ade kesilapan dan kekurangan. Tidak mengaku gergasi di rimba, hanya pengemis dipinggir kota. Diriku ibarat perahu di air, menanti nakhoda mengemudikannya. Buat sahabat², teruskan berusaha, banyakkan bertanya. Ingatlah pesan warga lama.. "Manis jgn terus ditelan, Pahit jgn terus dibuang".

*Utk maklumat lebih mendalam, sila lawati:

Contoh gambar² HDR:



Perhatian! Hanya sebaris parking sahaja dibenarkan.

Vespa

Shoubro street, Roudul Farag.

Kereta antik.

Sujud mengingati Allah s.w.t

Masjid Sidi Ahmad Badawi, Tanta.

Masjid Sultan Hanafi, Sayyidah Zainab, Old Cairo.

Panorama "Negara Seribu Menara", Fustat, Old Cairo.

Tugu Anwar Sadat, Nasr City.

*Sila klik gambar utk mendapatkan saiz sbnr.

Saturday, October 23, 2010

Majlis meraikan pelajar cemerlang Negeri Perak


Bertempat di Dewan Malaysia Abasiah Kaherah,
Pelajar yg berjaya telah diraikan,
Satu program yg sungguh meriah,
Yg julung-julung kali diadakan.

Dari jam 6 petang hinggalah jam 12 malam,
Bermula dgn ceramah dan berakhir dgn makan²,
Walaupun berbagai² kerenah ragam,
Alhamdulillah~ seperti yg dirancang, program berjaya dijalankan.

En.Hamdan, En.Jamil, Ust.Kazim dan En, Isa antara yg datang,
Tidak dilupakan pihak Kedutaan.
Terima kasih kerana sudi bertandang,
Melawat kami, anak Perak yg berada jauh di Perantauan.

Andai ada batu yg disimpan,
Hancurkan lah ia menjadi pasir,
10jari disusun memohon kemaafan,
Dari kami anak² Perak di Bumi Mesir.

Sudi²lah bertandang lagi kesini,
Melawat kami yg jauh dari keluarga,
Setiap yg dtg akan dirai,
Walau tiada karpet merah, Nasi Mandi insyaallah ada.

Program dah habis, majlis dah tamat,
Semua yg berlalu menjadi pengalaman berharga,
Buat kawan² dan juga sahabat²,
Ku hadiahkan gmbr sbgi kenangan kita bersama.

----------------------------------------------------------------------


















----------------------------------------------------------------------
p/s* Klik gambar utk mendapatkan saiz sbnr.

Thursday, October 14, 2010

Hari Kejayaan dipuji, Kegagalan dicaci.



Hidup yang beralaskan Usaha,
Kejayaan akan menjadi atapnya.

Kegagalan jika dijauhi,
Kemenangan pasti datang menghampiri.

"Hari raptai penuh Konvokesyen Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar 2010"

Usaha dihargai, Kejayaan dirai.

Tahniah kepada yang berjaya!..



p/s* Klik gambar utk mendapatkan saiz sbnr.

Friday, October 8, 2010

Semarak AidilFitri

Majlis Sambutan Semarak Aidil Fitri bersama Y.B Senator Mejar Jeneral (B) Dato` Jamil Khir B. Hj. Baharum, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) yg diadakan di Dewan Malaysia Abasiah Kahereh (DMAK).


Banner majlis sambutan "Semarak Aidil Fitri". Gambar ni diambil time tgh tunggu ketibaan Menteri.
1/80 F4.8 ISO 3200 42MM

Tu dia!! ketibaan org yg di tunggu², Y.B Senator Mejar Jeneral (B) Dato` Jamil Khir b. Hj. Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).
1/40 F3.5 ISO 3200 18MM

Y.B punya ucapan dah mcm org bg kuliah. Mungkin sbb dia dah terbiasa bg kuliah dulu. Sampai skrg pun still lagi ada ciri² ustaz @ penceramah bebas bila dia bg ucapan.
1/40 F4.8 ISO 3200 42MM

Barisan dif² terhormat. YB Dato Zainal Abidin (Matan Duta Besar Malaysia ke Mesir), Y.B Dato Dasuki Ahmad (Pengarah Urusan Amanah Raya Bhd.), Y.B Dato Wan Mohamad (Pengarah Jakim), Y.B Dato Hj. Che Mat (Pengarah Jawi), En. Shaiful Anuar (Charge d`Affaires, ad interim. Malaysian Embassy of Egypt) antara mereka² yg turus sama di dlm memeriahkan majlis.
1/30 F4 ISO 3200 28MM

Gambr antara mereka² yg hadir
1/25 F3.5 ISO 3200 18MM

Ini pulak gambar time menyambut ketibaan rombongan sumandak² Sabah
1/13 F4.2 ISO 3200 34MM

Hero² dari Sabah, terang² diorg tak tumpukan perhatian kan? hehe..
1/80 F3.8 ISO 3200 24MM

Lebih dari 500 student yg hadir. Tak cukup dgn student, makcik² dan pakcik² pun ramai jugak yg hadir.
1/50 F4 ISO 3200 28MM

Asyik betul diorg ni dgr ucapan kan?
1/10 F5.6 ISO 3200 105MM

Org jauh (Zaqziq) pun turut hadir.
1/20 F5.6 ISO 3200 105MM

Perasan tak ada jari buat peace dkt atas kepala Zahida tu? hehe..
1/50 F5.3 ISO3200 62mm

Ini laa org yg buat peace tu... Peace!! (^__^)
1/50 F5.6 ISO 3200 90MM

Muka mereka² yg keriangan apabila habis program. Mesti tak sabar² nak menjamu selera kan? hehe =p
1/50 F5.3 ISO 3200 70MM

Teserlah keriangan di wajah² mereka apabila majlis hampir tamat.
1/50 F5 ISO 3200 52MM

Juadah buffet utk dif² kehormat
1/20 F5.6 ISO 3200 105MM

Ini pulak team Ajkt bahagian makanan. Antara org kuat program diorg ni.
1/50 F4 ISO 3200 25MM

Bermulalah saat yg ditunggu². Semua org beratur mengambil makanan, tidak ketinggalan pemandu arab pun turut sama mengambil makanan. Dkt tmpt vip lagi tu.. hoho
1/20 F4.2 ISO 3200 32MM

Ini pulak tempat pelajar² lelaki beratur mengambil makanan.
1/20 F4 ISO 3200 28MM

Barisan siswi sibuk mencedok lauk. Komen dari kawan²: "ee~ diorg ni, dah laa pilih² lauk, yg itu taknak, yg ini taknak.. sorg ambil 4ketul ayam lagi". Hurm nak buat mcm mana kan? pompuan MMG berkira sikit bab makanan ni. haha...
1/30 F4 ISO 3200 28MM

Saat menjamu selera!!.. semua sunyi sepi. Tumpuan 100% diberikan kepada makanan.
1/80 F3.8 ISO 3200 22MM

Fitrilia Farhana & Siti Hajar
Still ceria walaupun perut sudah berbunyi².
1/25 F4.2 ISO 3200 34MM

Seriuskan muka diorg pilih makanan? hehe.
1/30 F5.6 ISO 3200 105MM

Muka org yg sedang kekenyangan. Rehat² sambil menanti kehadiran "Sang Tranco".
1/8 F4.5 ISO 3200 38MM

Bergurau² & bersembang² adalah lumrah kehidupan wanita. hehe =p
1/15 F4.8 ISO 3200 48MM

Dalam perjalanan balik menuju ke rumah Sabah
1/60 F5.6 ISO 3200 40MM

Egypt mmg tak kering dgn jem. Siang mlm tak henti².
1/60 F5.6 ISO 3200 42MM

Pemandu Tranco.
1/4 F3.5 ISO 3200 18MM

Walaupun majlis yg bermula jam 7.30mlm sehingga jam 11.30mlm ini dijalankan agak simple, tak sehebat dan segah majlis ketika bersama Menteri Kesihatan baru² ni. Tapi semua yg hadir menampakkan kecerian dan kepuasan. Berpuas hati dgn layanan Y.B yg tak lokek dgn senyuman dan mesra rakyat. Di tambah majlis yg berjalan lancar tanpa sebarang masaalah. Tahniah di ucapkan dari kami seluruh pelajar mesir buat JAKIM, JAWI, KBMK dan JPMK yg bersusah payah di dalam menyiapkan dan menjayakan program ini. Diharpkan agar JAKIM, JAWI, KBMK dan JPMK dpt memperbanyakkan lagi program2 yg sebegini rupa di masa² yg akan dtg. Dan dari pihak kami selaku student, insyaAllah akan kami berikan seribu komitmen di dalam membantu bagi menjayakan program² yg di rancang utk masa hadapan. (^__^)

p/s* Click gambar utk mendapatkan saiz sebenar.