Sunday, November 14, 2010

HDR "High Dynamic Range"


Ok! mesti korg tertanya² ape itu HDR kan?.. tak pun, mesti korg tertanya² mcm mane nk hasilkan gambar HDR.. Jadi, post kali ni, saya nak terangan serba sedikit apa itu HDR dan mcm mana nak hasilkan gambar HDR secara ringkas dan setakat mana yg saya tahu. Maaf andai ada yang tersilap, ataupun agak sukar untuk difahami.. Segala teguran atau nasihat amatlah diharapkan agar kita dapat berkongsi maklumat serta mengambil manafaat dlm bidang fotografi ini.

HDR atau nama panjangnya "High Dynamic Range" ialah satu proses menggabungkan sekurang-kurangnya 3 keping gambar yang sama, tetapi berlainan exposure (Bracketing). Iaitu gabungan antara gambar yang standard expose, gambar yang overexpose dan gambar yang underexpose. Proses HDR ini juga akan memberi lebih detail mengenai kawasan² dalam gambar tersebut yang berlainan exposure, seperti kawasan yang cerah (overexpose) dan kawasan yang gelap (underexpose). Hasilnya, kawasan yg terselindung akan nampak lebih nyata, dan kawasan yg gelap akan nampak lebih jelas.

Untuk menghasilkan gambar HDR pulak. Tiga langkah utama diperlukan:
  1. Multi - exposure (Mengambil beberapa keping gambar sama yang berlainan exposure "Braketing")
  2. Merge (Megabungkan gambar² tersebut menggunakan software gabungan. cth: Adobe Photosho[, Dynamic-Photo HDR, Photomatix.. dll)
  3. Tone mapping (Melakukan "Tone-map terhadap gabungan gambar bagi menyesuaikan tone terang dan gelap)
*Contoh:

Underexposure

Standard exposure

Overexposure (burn)

Hasil gambar selepas digabung & di"tone map"kan

Ini adalah tiga langkah utama menghasilkan gambar HDR. Setiap dari kita yg ingin menghasilkan gambar HDR, mudah diingat, ada tiga langkah utama didalam proses menghasilkan gambar HDR. Pertama "Multi - exposure", kedua "Merge" dan yg ketiga "Tone mapping". Tetapi perlu diingat! perbezaan gambar HDR yang dihasilkan, baik buruknya,bergantung kepada cara gabungan gambar tersebut, iaitu tahap perbezaan exposure pada setiap gambar. Selain itu, proses "Tone mapping" gambar juga memberi kesan perbezaan yg besar didalam setiap gambar HDR. Perlu byk mencuba, rajin melihat contoh² gambar HDR dan jangan malu meminta tunjuk ajar daripada mereka² yg pakar.

Akhirkata, maaf jike ade kesilapan dan kekurangan. Tidak mengaku gergasi di rimba, hanya pengemis dipinggir kota. Diriku ibarat perahu di air, menanti nakhoda mengemudikannya. Buat sahabat², teruskan berusaha, banyakkan bertanya. Ingatlah pesan warga lama.. "Manis jgn terus ditelan, Pahit jgn terus dibuang".

*Utk maklumat lebih mendalam, sila lawati:

Contoh gambar² HDR:



Perhatian! Hanya sebaris parking sahaja dibenarkan.

Vespa

Shoubro street, Roudul Farag.

Kereta antik.

Sujud mengingati Allah s.w.t

Masjid Sidi Ahmad Badawi, Tanta.

Masjid Sultan Hanafi, Sayyidah Zainab, Old Cairo.

Panorama "Negara Seribu Menara", Fustat, Old Cairo.

Tugu Anwar Sadat, Nasr City.

*Sila klik gambar utk mendapatkan saiz sbnr.

2 comments:

hamzah ian said...

pergh.. cun jgk ye..

zizikayaktrg said...

bro, tanya ckit... msa kita nk snap pic utk HDR ni, pakai format apa? memadai hanya dgn jpeg @ perlu tukar pada format RAW....